Anda mungkin diminta, mungkin telah membekalkan dan mungkin meneruskan dari semasa ke semasa, untuk memberikan sebarang maklumat, tetapi tidak terhad kepada, maklumat untuk menentukan identiti, nama, latar belakang anda (termasuk imej anda), alamat, nombor hubungan, alamat e-mel, Alamat IP, sistem pengendalian, jenis penyemak imbas, butiran hubungan, data kewangan, maklumat kelayakan kredit, rakaman audio, data yang dijana apabila anda memohon atau berinteraksi dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami seperti data pengiklanan dan pemasaran, data analitik, pemperibadian produk dan data kefungsian apl, data ranap sistem dan maklumat lain (” Data Peribadi”).
Kami mungkin mengumpul dan mendapatkan Data Peribadi ini daripada anda sendiri atau daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada daripada penyerahan Data Peribadi anda apabila anda memohon mana-mana produk dan perkhidmatan kami; daripada hubungan anda dengan kami; daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami; daripada sebarang analisis tentang cara anda menggunakan dan mengurus akaun/kemudahan anda dengan kami; daripada sumber atau pendaftaran awam; daripada pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan/atau agensi penguatkuasaan undang-undang; daripada pihak ketiga atau sumber lain yang anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan Data Peribadi dan/atau jika tidak disekat; daripada mesyuarat, acara, seminar, persidangan, ceramah, jerayawara, tinjauan yang dianjurkan atau ditaja oleh kami; dan/atau daripada sebarang maklumat yang dibekalkan dan/atau dikumpul apabila anda melawati laman web kami melalui peranti mudah alih atau alamat IP komputer anda atau daripada sebarang maklumat yang dikumpul melalui cookies pada beberapa laman web kami. Untuk mengelakkan keraguan, data interaksi produk atau data ranap sistem yang dikumpul tidak dipautkan kepada identiti pengguna dan tidak akan digunakan untuk tujuan penjejakan.